Yayasan Aman

APA YANG KITA LAKUKAN

UKM DAN YAYASAN AMAN BERGANDING BAHU PERKUKUH KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DAN SUMBANGAN WANITA ALAM MELAYU

Menerusi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM merancang membangunkan sistem peperiksaan dan pensijilan standard Bahasa Melayu yang berpotensi menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Peperiksaan yang dicadangkan ini dapat memberi peluang kepada pelajar universiti, penutur dari luar negara dan sesiapa sahaja yang mahu memperoleh pengiktirafan rasmi terhadap penguasaan Bahasa Melayu.
Kerjasama ini dizahirkan menerusi Majlis Penandatanganan Surat Hasrat Kerjasama antara UKM dengan Yayasan Aman yang berlangsung pada 5 November 2026 di Bangi. Yayasan Aman diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Pengerusi Yayasan Aman, bersama Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, dan Hasnul Haniff Harun, Pengurus Besar Yayasan Aman manakala pihak UKM diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor bersama pasukan mereka.
Cadangan peperiksaan itu mencerminkan usaha lebih luas untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi. UKM menyatakan sistem itu boleh dimanfaatkan oleh pelajar dari negara Asia Tenggara yang menggunakan Bahasa Melayu, selain berpotensi menjadi pilihan bagi memenuhi keperluan akademik tertentu. Bagaimanapun, sistem dan penggunaannya masih dalam peringkat perancangan.
Pada masa yang sama, Yayasan Aman siap sedia membantu kewangan bagi menyokong penubuhan platform penyelidikan yang dirancang di bawah ATMA. Platform itu akan membawa nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan legasi beliau. Inisiatif ini bertujuan membuka ruang khusus untuk mengkaji sumbangan wanita Alam Melayu kepada masyarakat, pembangunan negara dan peradaban.
Dengan sokongan Yayasan Aman dan kepakaran penyelidikan ATMA, kerjasama ini dijangka membiayai penyelidikan akademik, penerbitan ilmiah dan perbincangan terbuka. Program latihan serta kegiatan kemasyarakatan turut dirancang agar hasil penyelidikan dapat dikongsi dengan khalayak yang lebih luas.
Platform itu dijangka meneroka pelbagai bidang, termasuk kepimpinan, ekonomi, perubatan, seni dan budaya serta dasar sosial. Dokumentasi ini dapat memperluas pemahaman masyarakat tentang peranan wanita dalam membentuk komuniti dan pembangunan negara.
UKM dan Yayasan Aman turut merancang untuk memperluas akses kepada bahan penyelidikan melalui model bahasa besar (LLM) Bahasa Melayu yang dibangunkan oleh UKM. Usaha ini berpotensi membantu orang ramai menemukan maklumat dan sejarah yang didokumentasikan melalui saluran digital, di samping menyokong pemeliharaan ilmu dalam Bahasa Melayu.
Dua inisiatif ini membawa matlamat yang saling melengkapi: membangunkan laluan untuk mengiktiraf kecekapan Bahasa Melayu dan menyediakan platform untuk mendokumentasikan sumbangan wanita di Alam Melayu. Melalui kerjasama UKM dan Yayasan Aman, ilmu, bahasa dan sejarah diharap dapat dikongsi dengan lebih ramai orang.

Program Aman Kasih

Suatu inisiatif berterusan untuk menyokong kehidupan mereka yang terjejas dalam keadaan yang memudaratkan. Ini termasuk bantuan yang tidak terhad dalam bentuk kewangan untuk ibu/bapa tunggal, tempat tinggal sementara untuk mangsa bencana alam serta bantuan perundangan untuk mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual.

Bantuan Perubatan & Kesihatan

Dengan tumpuan kepada masyarakat di luar bandar, Program Khidmat Kesihatan kami menawarkan sumber untuk memperbaiki keadaan penjagaan kesihatan kendiri dan akses yang lebih baik kepada maklumat serta perkhidmatan perubatan.

Pembangunan Karakter & Pengajian Tinggi

Program Asasi Latihan Kepimpinan (Program Bina Ummah) dilaksanakan untuk membantu pelajar yang kekurangan sumber daya yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta membina keyakinan diri terhadap minat dan kekuatan mereka.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Seperti kata pepatah, “Untuk mendidik seorang anak memerlukan seluruh desa” maka program kami memberi tumpuan dalam membantu masyarakat membentuk persekitaran yang sihat dan selamat di mana kanak-kanak dapat belajar, bermain, dan berkembang. Ini termasuk kaunseling keluarga, sokongan ibu/bapa dan advokasi untuk anak yatim dan kanak-kanak di bawah umur.

Kebajikan Rumah Tangga

Dalam usaha menangani isu-isu yang berkaitan dengan kesejahteraan rumah tangga, kami mempunyai pasukan bantuan guaman dan terapi pasca trauma berjadual yang berpusat di Yayasan Aman, Pulau Pinang. Kami berdedikasi untuk memastikan kebolehcapaian sumber-sumber profesional, sokongan, dan panduan yang tepat bagi mereka yang memerlukan.

Pembangunan Ekonomi Tempatan

Untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat di kawasan berpendapatan rendah, program keusahawanan dan konsultasi ditawarkan bagi melengkapkan mereka dengan pengembangan idea dan pembangunan strategi perniagaan berdasarkan set kemahiran yang telah mereka miliki.

SKUAD AMAN
FOUNDATION

PROGRAM SUKARELAWAN

The foundation’s volunteer arm, Skuad Aman Foundation comprises a diverse network of volunteers, activists, and individuals who share the same aspiration for the society.

Bergabung di bawah naungan yayasan, sukarelawan kelab akan melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif dan melalui semua peringkat projek dari perancangan, pelaksanaan, penyertaan di lapangan, analisis pasca projek dan perkongsian silang.

Pasukan ini juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan organisasi sukarelawan yang bersekutu. Ini adalah tempat bagi mereka yang ingin memberikan khidmat bakti dalam mewujudkan perubahan sosioekonomi dari bawah ke atas.

YA_AFC_02-min

MENCARI BANTUAN?

HUBUNGI KAMI

Jika anda tahu mengenai komuniti yang memerlukan sokongan atau ingin menjalankan program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat, kami ingin bersama membantu.

SEJAK

BERDEKAD

YA_02_OTY1-min

SEJAK BERDEKAD

YA_18_Close Dropdown

Lorem Ipsum

SEJAK BERDEKAD

Lorem Ipsum

Mahu berperanan dalam membina komuniti yang lebih baik dari asasnya.

Jadilah antara yang pertama mendengar tentang acara dan program terbaru kami.