YAYASAN AMAN – USIM TEROKA PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA

Delegasi Yayasan Aman yang diketuai oleh Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah, bersama Hasnul Haniff, Pengurus Besar Yayasan Aman, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah.


Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara Yayasan Aman dan USIM, khususnya dalam memperkukuh agenda pembangunan komuniti serta kesejahteraan masyarakat.


Perbincangan turut memberi tumpuan kepada tiga cadangan inisiatif kerjasama utama, iaitu:


1. Program Pembangunan Komuniti dan Pelajar – peluang kerja-kerja lapangan dalam dan luar negara.


2. Sidang Meja Bulat Kesihatan Mental – Menjadi platform perkongsian kepakaran, perbincangan dan pertukaran pandangan dalam memperkukuh kesedaran serta pendekatan menangani isu kesihatan mental dalam komuniti.


3. Program Sihat Komuniti – Inisiatif meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


Yayasan Aman melihat kerjasama bersma institusi pengajian tinggi seperti USIM sebagai satu peluang penting untuk menggabungkan kepakaran akademik, pengalaman lapangan dan kekuatan jaringan komuniti bagi menghasilkan program yang lebih berimpak.


Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak demi memperkasa komuniti, membina keluarga sejahtera dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *